
Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Jumaat, 30 Mei 2014
Syaaban datang lagi..

Isnin, 24 Februari 2014
AKTIVITI FEBRUARI 2014
23 FEBRUARI 2014
Pantasnya masa berlalu. Tahun 2014 dah masuk bulan akhir bulan februari. Akhir bulan ini, kami sebahagian guru akan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh LADAP sekolah ke Kuala Lumpur iaitu di International hotel bermula dari 27 hingga 1 Mac. Saya amat mengharapkan kursus ini berjaya dan menegmbirakan. Kursus ini spenuhnya ditaja oleh koperasi. Terima kasih koperasi Malaysia.
Sebelum kursus, acara sebelumnya ialah ke BPI di Cyberjaya. InsyaAllah segelintir permasaalahan guru dapat diselesaikan..
Sebelum ini pada 8 Februari, semua guru telah megikuti kursus gi ILIM Wilayah Timur di Bukit Keluang.
Sabtu, 11 Januari 2014
SELAMAT DATANG TAHUN 2014
SELAMAT DATANG TAHUN 2014
Pantasnya masa berlalu. Tahun 2013 meninggalkan kita dengan penuh kenangan. Bagi tahun 2014, saya ditugaskan sebagai Setiausaha JKS sekolah. Dah 2 tahun saya memegangjawatan sebagai Pengurus Projek SPM. Perlu kepada semangat, dedikasi, kesungguhan dalam apa saja perkara yang dirancang. Komitmen semua pihak amat diperlukan. Bukan mudah untuk menempa kejayaan jika semua perkara dianggap enteng.
InsyaAllah dengan kesungguhan semua pihak, kita nantikan hasilnya pada Mac nanti. Saya yakin dan percaya SMA Maarif akan mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam SPM 2013. Ini telah terbukti dalam Keputusan PMR 2013 yang lalu.
Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat belajar kepada anakanda saya Wan Nur Hazwani dan Wan Nur Ezdiani ,masing2 akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.
Langgan:
Catatan (Atom)