Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Selasa, 21 Ogos 2012
Selasa, 7 Ogos 2012
Guru Oh Guru
Guru Oh Guru
Guru adalah pekerjaan yang mulia. Saban waktu berhambat dengan masa. Tiada istilah masa rehat . Masa yang tidak ada kelas, masa tulah kita perlu menyiapkan tugasan, kemas kini buku ringkasan, folio, memeriksa buku latihan, menanda kertas dan soalan2 latih tubi. Pada Masa yang sama juga, jika seorang itu ditugaskan menerajui projek2 Kecemerlangan Pelajar, masa rehat itulah perlu membuat tuntutan guru-guru. Tuntutan kelas tambahan, kem2 yang berlangsung, menyiapkan kertas kerja, merangka program2 yang dirasakan perlu dari semasa ke semasa. Dengan luahan rasa seperti ini, sekurang-kurangnya penat lelah dapat dikurangkan.
Menyesal jadi guru? tidak sama sekali. Inilah profesion kita. Kita makan gaji, dapat hasil setiap bulan dari tugas inilah. Mencabar? sememangnya mencabar kredibiliti kadang-kadang. Manakan tidak, pelajar sekarang amat berbeza dengan dulu. Pelajar sekarang pelajar yang celik IT, pelajar yang saban waktu melayari internet. Mengakses maklumat2 terkini.
Kita patut bangga kerana menjagi guru.. Selamat berbuka dan menjalani ibadat2 di malamnya.
Langgan:
Catatan (Atom)