KALAM BICARA CAHAYA PURNAMA
Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Jumaat, 30 Mei 2014
Syaaban datang lagi..
Syaaban datang lagi. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam kita berada dalam tahun 2014. Sekarang dah masuk bulan Jun. Lebih kurang 30 hari lagi kita akan menyambut ramadan al mubarak. Bulan yang penuh keberkatan dan mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain. Antara kelebihan bulan ramadan yang telah diketahui dan dimaklumi, antaranya syaitan dibelenggu, pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup. Amalan kebaikan digandakan. Malah adanya malam lailatul qadar, solat terawikh, al quran diturunkan dan kemenangan tentera islam dalam perang badar.
Syaaban juga mempunyai banyak kelebihan.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
Isnin, 24 Februari 2014
AKTIVITI FEBRUARI 2014
23 FEBRUARI 2014
Pantasnya masa berlalu. Tahun 2014 dah masuk bulan akhir bulan februari. Akhir bulan ini, kami sebahagian guru akan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh LADAP sekolah ke Kuala Lumpur iaitu di International hotel bermula dari 27 hingga 1 Mac. Saya amat mengharapkan kursus ini berjaya dan menegmbirakan. Kursus ini spenuhnya ditaja oleh koperasi. Terima kasih koperasi Malaysia.
Sebelum kursus, acara sebelumnya ialah ke BPI di Cyberjaya. InsyaAllah segelintir permasaalahan guru dapat diselesaikan..
Sebelum ini pada 8 Februari, semua guru telah megikuti kursus gi ILIM Wilayah Timur di Bukit Keluang.
Sabtu, 11 Januari 2014
SELAMAT DATANG TAHUN 2014
SELAMAT DATANG TAHUN 2014
Pantasnya masa berlalu. Tahun 2013 meninggalkan kita dengan penuh kenangan. Bagi tahun 2014, saya ditugaskan sebagai Setiausaha JKS sekolah. Dah 2 tahun saya memegangjawatan sebagai Pengurus Projek SPM. Perlu kepada semangat, dedikasi, kesungguhan dalam apa saja perkara yang dirancang. Komitmen semua pihak amat diperlukan. Bukan mudah untuk menempa kejayaan jika semua perkara dianggap enteng.
InsyaAllah dengan kesungguhan semua pihak, kita nantikan hasilnya pada Mac nanti. Saya yakin dan percaya SMA Maarif akan mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam SPM 2013. Ini telah terbukti dalam Keputusan PMR 2013 yang lalu.
Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat belajar kepada anakanda saya Wan Nur Hazwani dan Wan Nur Ezdiani ,masing2 akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.
Sabtu, 29 Jun 2013
Ramadan bakal menjelma
Ramadan bakal menjelma tak lama lagi.Seperti tahun-tahun yang lalu, ramadan adalaha bulana yang ditunggu-tunggu oleh semaua umat islam. Ramadan bulan yang banayak mengandungi kelebihan yang tidak diragukan. Anatara kelebihannya,syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup, amalan akan digandakan, adanya malama lailatulnqadar dana banyaka lagi. ALhamdulillah, saya bersyukr kepada ALlah kerana masiha lagi diberi peluang dan kesemapatan untuk beramal di bulana raamadan al mubarak ini..
kepada semua rakan-rakan, adik-beradik,kaum kerabat, dan smua umat islama seluruh dunia..selamat menyambut ramadan al mubarak dgn penuh tawaduk..
Sabtu, 4 Mei 2013
Selamat Mengundi, buatlah pilihan yang tepat..
Esok adalah Pilihanraya Umum.Selamat mengundin buat semua. Buat atau undilah dengan tepat.
Ingat undi kita adalah penentu arah tuju sesebuah negara. Jika pilihan yang kjita buat tidak tepat dan salah, tunggulah akan kehancuran.Urusan akan rosak jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya..
"Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabaat bertanya : Bagaimana sia-sia? Rasulullah menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya" - (Riwayat Al-Bukhari)
Rabu, 1 Mei 2013
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA...
Hari ini 1 Mei 2013. Sekejap masa berlalu. Rasa baru semalam kita menyambut tahun baru 2013. Tanpa sedar sekarang dah masuk bulan 5. Umurpun semakin bertambah. Walau bagaimanapun hari ini saya boleh merehatkan diri dari bebanan tugas yang sentiasa memerlukan perhatian dan perlu diambil berat. Hari cuti beginilah masa untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Hari cuti beginilah saya berpeluang meng up date blog yang sekian lama tidak sempat dijengah. Masa cuti inilah saya sempat menilik dan membelek lama-lama akhbar-akhbar perdana. Kebanyakan akhbar menyentuh tentang PRU 13. Baik disebelah kerajaan mahuopun dipihak pembangkang.Apa-apapun selamat mengundi buat semua. Buatlah pilihan yang terbaik...
Jumaat, 15 Februari 2013
TAHNIAH KEKANDA FARIZA..
Tahniah kekanda Fariza Nurbaya, abang ND dan Kak Eina . Semalam Huwaina telah selamat diijab qabulkan dengan suami di rumah mereka di Alur Lintang. Majlis pernikahan berjalan lancar dan amat meriah walaupun sederhana. Ramai sanak saudara dan rakan taulan yang datang memeriahkan majlis pernikahan ini. Majlis kenduri insyaAllah akan diadakan Mei ini. Semoga mendapat keberkatan berumahtangga..Tahniah dari kami seisi keluarga.
Langgan:
Catatan (Atom)