Sabtu, 4 Mei 2013

Selamat Mengundi, buatlah pilihan yang tepat..

Esok adalah Pilihanraya Umum.Selamat mengundin buat semua. Buat atau undilah dengan tepat. Ingat undi kita adalah penentu arah tuju sesebuah negara. Jika pilihan yang kjita buat tidak tepat dan salah, tunggulah akan kehancuran.Urusan akan rosak jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya.. "Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabaat bertanya : Bagaimana sia-sia? Rasulullah menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya" - (Riwayat Al-Bukhari)

Rabu, 1 Mei 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA... Hari ini 1 Mei 2013. Sekejap masa berlalu. Rasa baru semalam kita menyambut tahun baru 2013. Tanpa sedar sekarang dah masuk bulan 5. Umurpun semakin bertambah. Walau bagaimanapun hari ini saya boleh merehatkan diri dari bebanan tugas yang sentiasa memerlukan perhatian dan perlu diambil berat. Hari cuti beginilah masa untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Hari cuti beginilah saya berpeluang meng up date blog yang sekian lama tidak sempat dijengah. Masa cuti inilah saya sempat menilik dan membelek lama-lama akhbar-akhbar perdana. Kebanyakan akhbar menyentuh tentang PRU 13. Baik disebelah kerajaan mahuopun dipihak pembangkang.Apa-apapun selamat mengundi buat semua. Buatlah pilihan yang terbaik...

Jumaat, 15 Februari 2013

TAHNIAH KEKANDA FARIZA.. Tahniah kekanda Fariza Nurbaya, abang ND dan Kak Eina . Semalam Huwaina telah selamat diijab qabulkan dengan suami di rumah mereka di Alur Lintang. Majlis pernikahan berjalan lancar dan amat meriah walaupun sederhana. Ramai sanak saudara dan rakan taulan yang datang memeriahkan majlis pernikahan ini. Majlis kenduri insyaAllah akan diadakan Mei ini. Semoga mendapat keberkatan berumahtangga..Tahniah dari kami seisi keluarga.

Sabtu, 12 Januari 2013

PLKN MERANG SURIA...

Petang kelmarin, jam 2.00 petang kami sekeluarga telah sampai ke KEM PLKN MERANG SURIA untuk melawat anakanda kami Ezdiani yang menjalani latihan di situ. Kami diminta melapor/ mendaftar nama di pondok kawalan. Terasa berlainan dengan PLKN BT JONG tempat anakanda Iqah dulu. Keramahan dan kemesraan jaga di BT Jong lebih terserlah dengan kehadiran ibu bapa. Ibu bapa yang datang, bukan calang-calang orang. Berbagai lapisan ada. Ada orang 'besar' ada yang 'sederhana, malah yang 'kecik' macam kami ini.Kereta tidak dibenarkan masuk ke dalam. Apa yang diperhatikan di dalampun cukup luas untuk kenderaan pelbagai saiz,malah kapal terbangpun muat. Terpaksalah berjalan 'jauh' sedikit. Bagi saya, yang tidak terlalu 'tua' ini tidak ada masalah..alah bisa tegal biasa..tapi bagi mereka yang 'tua' dan sakit urat, rasanya sedikit terbeban...

Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013 UNTUK SEMUA...
Esok tahun baru 2013. Cuti persekolahan yang akan melabuhkan tirainya tidak terasa sama sekali. Apa tidaknya, masa cuti banyak masa dihabiskan di sekolah. Pelajar SPM tamat peperiksaan mereka ialah 6 Disember. Begitu juga dengan peperiksaan STPM, kertas Syariah 2 ialah pada 10 Disember. Kemudian disusuli dengan memeriksa kertas PSI 5228/2 dari 7 Disember hinggalah 27 Disember. Padat !29 Disember Mesyuarat Guru kali pertama. Tugasan yg diberi seperti tahun lepas, sebagai pengurus Projek SPM. InsyaAllah, saya akan laksanakan tugas tersebut dengan penuh amanah, ikhlas dan berdedikasi.

Sabtu, 1 Disember 2012

Pertandingan Ping Pong MSKPP Tahun 2012

MSKPP Tahun 2012 Alhamdulillah, pada 22-24 November yg lalu, saya berkesempatan mewakili Daerah dalam MSKPP dalam acara ping pong. Dalam debar dan getar, saya bermain. Bayangkanlah, pertandingan ping pong telah lama saya tinggalkan. Masa muda dahulu. Masa dalam tingkatan 3,4 & 5 dulu. Walaupun saban petang saya bermain, bukan untuk pertadingan tetapi riadah waktu petang. Dalam pertadingan ini, saya menang ke atas pemain dari Marang dan Setiu. Orang yang paling hebat dan juara perseorangan ialah adinda kesayangan saya, hamilah. Oleh kerana kami telah memenangi peringkat ini, akan membawa kami mewakili Terengganu untuk peringkat kebangsaan. Chewah!! hebatnya dengar..

Isnin, 12 November 2012

Peperiksaan SPM 2012 bermula...

Rasanya baru sedetik kita dalam tahun 2012. Rasa baru semalam saya berpindah dan berkhidmat kembali di SMA Maarif, rasa baru sahaja anakanda Iqah ke Russia, rasa baru saja anakanda Ezdiani dlm Ting 5, rasa baru saja anakanda Awa dlm tg 3..rupa-rupanya tahun 2012 telah sampai ke penghujung tahun. Pantasnya masa berlalu. Umur jugak semakin meningkat saban tahun. Walau apa sekalipun, alhamdulillah saya masih bertenaga dan mampu mengajar dan menjalankan tugas-tugas yg diamanahkan dengan baik.Pengurus Projek SPM yg diamanahkan begitu teruja. Apa tidaknya, memimpin 112 orang pelajar dan 25 orang guru sedikit sebanyak menguji kesabaran dan mencabar. Pelbagai karenah anak didik yg perlu ditangani. Saya sedar mereka datang dari pelbagai latar belakang.