Jumaat, 28 Ogos 2009

Lailatul Qadar



Pesan junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari Malam Lailatul Qadar.
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
1) Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
2) Isnin – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan3) Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan
4) Khamis – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan
5) Sabtu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malamqadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam Qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI – 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Rabu, 26 Ogos 2009

Sembang-Sembang Ramadan


Sudah menjadi kemestian, setiap petang aku dan suami ke Bazar Ramadan. Berbeza dengan sebelum ini ( bukan bulan ramadan) aku puas memerah otak untuk mereka/menyediakan menu harian. Anak-anakku pernah bersuara menyatakan menu harianku macam menu di asrama. Hari Ahad, tomyam dan ikan sweet sour, Hari Isnin, gulai kuning ikan tenggiri & ayam goreng berempah. Hari Selasa sop tulang & ikan kerisi goreng. Hari Rabu masak pedas timun batang & ayam goreng. Manakala hari Khamis, ikan masak kicap & sayur campur goreng putih.


Berbeza pada bulan ramadan ini, aku lebih suka membeli makanan yang sudah siap dimasak. Aku rasa akulah pengunjung setia pasar ramadan Kg.Raja. Antara menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ialah ikan talapia bakar (perencahnya sedap) RM 6.00 seekor. Ikan bakar cencaru bersumbatkan sambal (RM 3.00), ayam masak pedas( RM 6.00), ikan keli percik (RM 3.00), kerabu perut (RM 2.00) dan kuah sama ada sop/ gulai kepala ikan (RM 6.00).


Setiap hari hitung panjang perbelanjaan kami membeli lauk pauk, kuih muih dan air dalam sekitar RM 40.00. Tak mengapalah. Ramadan setahun sekali. Ubah selera sikit. Boring jugak asyik makan menu yang sama. Tapi terpulanglah kepada cita rasa masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

Ahad, 23 Ogos 2009

Rabu, 19 Ogos 2009

Salam Ramadhan Buat Semua


Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat.

Ahad, 16 Ogos 2009

Salam Penghujung Syaaban

Salam penghujung Syaaban.

Hujung minggu ini, aku akan bersih dapur. Itu janjiku. Surat khabar lama yang terperap menggunung di hujung kiri dapur akan ku bakar. Plastik 'rokrat' yang bersepah akanku buang. Debu-debu yang ada disetiap penjuru akanku sapu. Itu janjiku. Janji minggu dulu yang tidak terlaksana. InsyaAllah bila persekitaran bersih, kita sambut ramadhan dengan penuh keberkatan.

Hari Sabtu (kelmarin) aku terkecewa juga untuk beraksi di arena pingpong tidak kesampaian. Ini kerana aku terpaksa ke Kuantan mengambil anakku Iqah. Sekolahnya cuti mengejut kerana H1N1. Lega juga kerana anak-anak ada bersama.

Kesempatan ini juga saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada adik iparku ustaz Jamaliza di atas kembalinya kakak iparnya ke rahmatullah. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Isnin, 10 Ogos 2009

Puisi Indahku Sempena Ramadan

(Dipetik dari Koleksi Kapan Puisi)

Puisi IndahkuKubacakan bait-bait puisi indahuntuk membujukmuagar menghalalkan segala dosaku padamu :“Sebentar lagi taman puasa akan datangdihiasi bunga-bunga kebajikandilindungi hamparan rumput sedekahdisejukkan kolam ringan tangan pada sesamaSiangnya dihangatkan indahnya matahari menahan nafsuMalam harinya diterangi rembulan sholat malamBukankah hidup terasa begitu indah di raja segala bulan?”

Selasa, 4 Ogos 2009

Nisfu Syaaban

almost forgot. Sigh. This is the problem when you are too busy with the duniawi. Today is Nisfu Syaban whereas there is a doa that you can recite and read Yasin 3 times. The explaination is as follows:
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.
Doa Malam Nisfu Syaaban
Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”