Sabtu, 25 April 2009

Petua- Petui, Semakin Tua Semakin Berisi....

Saban hari kita memperkatakan tentang gemuk! gemuk! gemuk!. Di mana-mana sahaja. Baik di sekolah mahupun ketika berjumpa kawan di tengah jalan. Di sini diperturunkan 12 tips untuk membantu mengurangkan masalah berat badan. Antaranya : Jangan berlapar, ambil sesuatu yang pahit sebelum makan, minum 8 gelas air sehari, elakkan minum air bergas, kurangkan pengambilan garam, ambil sarapan pagi, makan dengan perlahan-lahan, kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil, biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, kurangkan pengambilan merjerin/butter, minum air limau nipis/jus oren dan jangan timbang berat badan setiap hari.

Jumaat, 17 April 2009

Blog Sepi, Bloggers Menyepi.....

Saya rasa terpanggil memandangkan bloggers masing-masing sepi dan menyepi. Mungkin kerana kekangan masa. Mungkin juga sudah berpuashati dengan tahu membuat blog. Kalau begitulah keadaannya, kita bukanlah seorang bloggers yang bertanggungjawab. Cuba baca paparan saya melalui Blog Oh Blog.

Saya akur, tuan punya blog Laman Motivasi Guru berhambat dengan masa saban hari. Berhambat dengan pelajar setiap ketika. Perlantikan HEM sebagai amanah yang tidak akan dialpa. Begitu juga dengan Laman Kaktus Cikgu Za tentang isu PPSMI yang menjadi tajuk akhir paparan blognya, sudah hafal peminat blognya membaca setiap patah kata bicara. Adakah isu ini akan berakhir dengan berakhirnya era Datuk Hishamuddin? Kita tak tahu. Lihat dan tunggu.

Blog Sedetik Masa Sejentik Rasapun dah menyepi dengan "PTK datang lagi". Tuan punya blog ini seorang yang kreatif, inovatif dan berpandangan jauh. Mungkin juga masa yang sedetik tidak sempat dirasa.

Blog kawanku, Anak Dagang Di Rantau Orangpun dah lama menyepi. Sekalung tahniah buat cikgu Fauziah Hanim di atas kecemerlangan Kertas Prinsip Akaun dalam SPM 2008. Terbaik Daerah, terbaik di sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Mungkin juga pencapaian terbaik di Terengganu. Kesungguhannya mendidik anak-anak didik menjadi inspirasi kepada sebahagian guru-guru di sekolah. Kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah kepada semua tenaga pengajar SPM 2008 di SMA Maarif kerana pencapaian terbaik dalam SPM Daerah (tempat ke 4) dan tempat ke 2(JHEAT).

Isnin, 6 April 2009

Sembang-Sembang Petang..


" Dah lama i tak up date my blog", sungut saya kepada adinda Lah ketika kami bermain pingpong petang tadi. " i pun gitu jugak!". Katanya. Tidak ada idea untuk ditulis. Heran! orang macam dia yang kreatif dan inovatifpun tidak ada idea. Kalau orang macam saya ni, lainlah. Periksa PTKpun 3-4 kali baru pass. Biarlah hal ptk tuh. Malas nak fikir..


Selesai bermain dan berlawan ala kadar, kami memetik 2 biji kelapa wangi muda yang sentiasa berbuah hasil air tangan peninggalan aruah papa. Seperti biasalah, aku yang petik dan kopek, adinda Lah membancuh air gula. Sambil minum, kita sembang-sembang di bawah pokok belimbing. Banyak hal yang menjadi topik..

Jumaat, 13 Mac 2009

Cuti Pertengahan Penggal Satu


Seronoknya cuti. Walaupun umur dah separuh abad, cuti tetap ditunggu-tunggu. Bukan tak tahu kerjaya sebagai guru. Cuti-cuti beginilah boleh rehat sikit. Rehatkan minda. Rehatkan fizikal. Relax senafas dari bebanan tugas. Tugas guru bukan sekadar mengajar. Bahkan secara tidak langsung bertugas hal-hal perkeranian, perkebunan, keceriaan, kebersihan dan lain-lain tugas.


Sekali fikir, sesal jugak menambah 2 tahun perkhidmatan lagi setelah umur pencen 56 tahun. Guru bukan macam kerja lain, bila umur 58 tahun rasanya tak larat nak 'kerabat' tingkat 3 setiap waktu untuk mengajar. Tambah-tambah lagi jika dilihat perangai pelajar leni..


Di kesempatan ini, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Jejaka Melayu Terakhir Muhammad Uzaini dan isteri Julaikha. Semoga berbahagia, selamat dunia akhirat dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Khamis, 5 Mac 2009

Syukran ala adami at tadkhiin


Hari ini, tak pasal-pasal pagi hari lagi kepalaku dah pening. Aku tahu sebabnya. Aku tahu puncanya. Aku tahu, orang yang migrain macam aku, alah sangat dengan bau-bauan. Bukan sahaja pewangi-pewangi yang mahal-mahal apatah lagi dengan asap rokok. Geram tidak kepalang. Di kantin pagi tadi, ramainya perokok-perokok sedang merokok. Tak kira pangkat. Dari jaga, tukang kebun bahkan guru sendiri. Di kantin misalnya, amaran jangan menghisap rokok tidak diendahkan sama sekali. Tergantung megah. " Thank you for not smoking". Tak cukup dengan bahasa inggeris, ditambah lagi dengan bahasa arab."Syukran ala adami at tadkhin". Bahasa apa lagi yang perlu digunakan untuk memahamkan mereka? tak tahulah.....

Isnin, 23 Februari 2009

Alahai.....

Dalam seminggu, lebih kurang 3 atau 4 kali kami berlawan dalam permainan ping pong. Antara aku dan adindaku Hamil. Pertama kali kami bertemu dalam arena pingpong ialah semasa sukan MASMAT (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu) dalam tahun 1983/1984. Aku mewakili SMA Maarif. Manakala adinda Hamil wakil dari SMA Khairiah. Seperti biasalah aku kalah dalam setiap perlawanan. Tapi kumpulan kami tetap menang. Kalau tidak silap, aku juga kalah dengan adinda Hamil. Dia memang 'terror' dan 'bersungguh-sungguh' dalam apa jua perlawanan/ permainan( congkak, karom, badminton dll) emmm... faham-faham ajelah kalau kalah.

Sebenarnya, tujuan utama kami bermain selain suka-suka, ia boleh mengeluarkan peluh, hilangkan tension, eratkan hubungan kekeluargaan dan paling penting dapat mencairkan lemak-lemak yang terkumpul dan pejal. "sedap makan, selera sokmo, takut gemuk" perkataan yang selalu meniti dibibir....Alahai! bosan. jemu, letih memikirkannya!. Apa nak jadi, jadilah !!!!!

Sabtu, 21 Februari 2009

Orang Yang Banyak Bercakap Akan Banyak Kesalahannya

Dari Umar r.a yang bermaksud:

"Siapa yang banyak ketawa, maka sedikit hormat orang kepadanya.
Siapa yang memandang rendah terhadap manusia, maka dirinya juga dipandang rendah oleh orang lain.
Siapa yang banyak melakukan sesuatu, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
Siapa yang banyak bercakap, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
Siapa yang banyak kesalahannya, maka sedikit malunya.
Siapa yang sedikit malunya, maka sedikit waraknya. dan.....
Siapa yang sedikit waraknya, maka mati hatinya."