Ahad, 16 Ogos 2009

Salam Penghujung Syaaban

Salam penghujung Syaaban.

Hujung minggu ini, aku akan bersih dapur. Itu janjiku. Surat khabar lama yang terperap menggunung di hujung kiri dapur akan ku bakar. Plastik 'rokrat' yang bersepah akanku buang. Debu-debu yang ada disetiap penjuru akanku sapu. Itu janjiku. Janji minggu dulu yang tidak terlaksana. InsyaAllah bila persekitaran bersih, kita sambut ramadhan dengan penuh keberkatan.

Hari Sabtu (kelmarin) aku terkecewa juga untuk beraksi di arena pingpong tidak kesampaian. Ini kerana aku terpaksa ke Kuantan mengambil anakku Iqah. Sekolahnya cuti mengejut kerana H1N1. Lega juga kerana anak-anak ada bersama.

Kesempatan ini juga saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada adik iparku ustaz Jamaliza di atas kembalinya kakak iparnya ke rahmatullah. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Isnin, 10 Ogos 2009

Puisi Indahku Sempena Ramadan

(Dipetik dari Koleksi Kapan Puisi)

Puisi IndahkuKubacakan bait-bait puisi indahuntuk membujukmuagar menghalalkan segala dosaku padamu :“Sebentar lagi taman puasa akan datangdihiasi bunga-bunga kebajikandilindungi hamparan rumput sedekahdisejukkan kolam ringan tangan pada sesamaSiangnya dihangatkan indahnya matahari menahan nafsuMalam harinya diterangi rembulan sholat malamBukankah hidup terasa begitu indah di raja segala bulan?”

Selasa, 4 Ogos 2009

Nisfu Syaaban

almost forgot. Sigh. This is the problem when you are too busy with the duniawi. Today is Nisfu Syaban whereas there is a doa that you can recite and read Yasin 3 times. The explaination is as follows:
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.
Doa Malam Nisfu Syaaban
Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”

Jumaat, 24 Julai 2009

Pejam Celik-Pejam Celik Dah Bulan Syaaban

Pantasnya masa berlalu. Pejam celik-pejam celik dah masuk bulan Syaaban. Sekejapnya setahun-setahun. Rasanya baru semalam kita dalam tahun 2009. Rasanya baru semalam aku menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 42. Bagaimana dengan amalan kita? Adakah bertambah seiring dengan pertambahan umur kita? Tepuk dada tanya iman. Sempena bulan Syaaban ini saya petik beberapa amalan yang perlu dilakukan. Antaranya:

1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Isnin, 15 Jun 2009

Alahai Nasib Badan....

Kisah 1
Masa SSB dulu, saya tidak berkesempatan untuk merasa pergerakan gaji secara melintang dan menegak. Mendatarpun mendatar titik. Tak mengapalah. Dah nasib badan...

Kisah 2
Sekarang zaman SSM. Orang lain dah lama merasa DG 44. Malah dapat pulak kenaikan gaji sebab lulus PTK 4-4. Saya? Dah nasib badan. 3 kali ambil peperiksaan, baru lulus. Nak buat macamana? tak cerdik mana...

Kisah 3
Masa orang duk sibuk-sibuk isi borang untuk kenaikan pangkat bagi guru-guru yang mengajar tingkatan 6(Fasa 1 ), sekolah saya tidak tersenarai dalam kelayakan. Masa tu sekolah agama Negeri. Sekarang SABK. Bayangkan saya mengajar tingkatan 6 dari tahun 1991 (semasa menjadi guru sandaran). Kemudian saya posting tahun 1993. Tahun 1994 sehinggalah sekarang tahun 2009 saya mengajar tingkatan 6. Apa yang dapat? Tidak bernasib baik. Ada yang bernasib baik, baru mengajar 2-3 hari tingkatan 6, dah dapat gred dg 48. Dah nasib badan....

Luahan saya hanya saja-saja. Mengisi masa lapang. Tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekadar untuk menghidupkan blog ini..

Jumaat, 5 Jun 2009

Fatimah Humayraa Cucunda Ke 30

Minggu lepas, Aisyah Mariah dilahirkan di hospital USM. Tahniah Rah dan Din. Hari Selasa 3 Jun pula Fatimah Humayraa pula dilahirkan. Tahniah Bie dan Zul. Dengan kelahiran Fatimah Humayraa, genaplah cucu ma dan aruah pa 30 orang. Alhamdulillah!. Bermula dengan Huwaina, cucu pertama, diikuti dengan Umar Abdul Aziz, Hassan Ali, Hussin Ali, Abu Dzar Al Ghiffari, Wan Nur Afiqah, Wan Nur Ezdiani, Wan Nur Hazwani, Nuzul Badree, Aimann, Harizz Eilman, Inayatul Fasihah, Ifwatul Iman, Nur Insyirah, Wafiey, Mufid, Isyraqi, Amilin, Hannah, Awatif, Ibrahim Adhan, Nur Khalisya, Budiman, Baihaqi, Farah, Aisyah Mariah, Nabihah, Siddiq Marzuki, Muhammad Amin dan Fatimah Humayraa. ( Maaf ya ibu-ibu dan bapak-bapak, jika ejaan nama anak-anak salah)